
Apabila kita ingin melakukan sesuatu, kita akan berfikir…
Apabila kita kita takut, kita berfikir…
Apabila kita bermasalah, kita berfikir….
Apa yang kita fikir????
Walau apa jua usaha kita, kita mesti ingat “Allah sentiasa ada bersama hambanya”.
Ada satu kisah seorang penunggal motosikal yg ingin pulang ke rumahnya. Rumahnya terletak jauh kira-kira 110 km dr tempat dia berada sekarang.
Jam menunjukkan pukul 8.30pg, dia pn memulakan perjalannya ke destinasi yg diingini melalui “Highway”. Selepas 40 minit perjalanan, dia terasa sesuatu yg pelik berlaku ke atas motosikalnya seperti bergoyang-goyang ketika tayar tidah cukup angin “Alamak!!, rosak ke?”. Perjalanan diteruskan. Kelihatan pam minyak 1 km di hadapan, lalu dia pn berhenti seketika di pam minyak itu untuk “check” motosikalnya kerana ditakuti mmg ada kerosakan. Rupa-rupanya tanyar motosikal itu bocor.
Dia terpaksa pam tayar motosikal itu dan meneruskan perjalanannya. Di “signboard” terpapar “2 km persimpangn sedenak” dan kelihatan 2 buah motosikal berpatah balik seperti sedang lari dr sesuatu. Dia terfikir “diorang ni lari dr polis ke?”. Rupa-rupanya betul, sekumpulan polis sedang menjalankn operasi “road block” tidak jauh dari pandangannya.
Dia terus ke kumpulan polis itu dan ditahan. Polis melihat dengan teliti motosikalnya dan terpandang tayar motosikal itu bocor.
Polis pertama berkata. “Eh, bocor ni dik. Boleh jalan lg ke ni? mcm x boleh je. Patah balik la.”
Penunggang motosikal ini dengan nada relax berkata “Encik, nk tengok road tax dengan lesen ye.”
Terus disambung polis kedua. “Eh, tak perlu. Mane boleh patah balik ni. Kau terus je.. Tapi jalan di lorong kecemasan ye. Ye la takut kalau apa-apa terjadi nnti susah.”
Dia berkata “Terima kasih encik…”
Perjalanan diteruskan. Hati dia berkata “Alhamdulillah.. walaupn tidak dibantu, tetapi tidak disaman pn sudah cukup baik”. Tayar motosikalnya sudah dalam keadaan kritikal dan keadaan seperti ini tidak membenarkan dia meneruskan perjalanan. Dia berhenti dan berfikir dengan relax dan yakin. “JANGAN TAKUT, ALLAH KAN ADA”. Dengna kuasa Allah, tidak lama kemudian, sebuah lori berhenti di untuk membantu. Penunggang motosikal itu dihantar ke kedai motor. Mereka membantu tanpa menerima sedikit duit pn dan hanya berkata “nanti kalau abang ada masalah, manelah tau kau pulak yang tolong”. Dia mengucapkan terima kasih kepada mereka dan mereka beredar.
Moral: Walau apa jua kita lakukan, just remember “JANGAN RISAU, ALLAH KAN ADE”. Yakin lah dengan apa yang anda lakukan dan pastikan ia halal dari segi syarak.